GONTOR

18 August 2011

DARI MALAYSIA INGIN MENDAFTARKAN ANAK KE GONTOR

Sekarang ini sering ibubapa menanyakan bagaimana cara mendaftarkan anak untuk belajar di Gontor. Di sini saya nasihatkan agar ibubapa mencari informasi yang sebanyak-banyaknya mengenai Pondok Modern Darussalam Gontor (PMDG) agar bisa melihat Pondok ini dari segala sudut dan tidak maju mundur atau setengah-setengah dalam mentukan pilihan untuk pendidikan anak. Pastikan anak setidaknya menyelesaikan jenjang sekolah rendah sehingga darjah enam.
Apabila sudah benar-benar bertekad penuh maka dilakukan perkara sebagai berikut:
1. Ambil surat sponsor dari PMDG. Untuk di Malaysia bisa menghubungi saya (Masruh)di Kajang dengan nomer hp 0123398437 atau sms ke 016 3754925 atau email: masruh@yahoo.com. atau ustadz Haris di Segambut 0166972893
2. Persiapkan passport anak: berikan data lengkap anak seperti Nama anak yang tercantum di dalam passport, tarikh lahir, tempat lahir, nombor passport.
3. Ambil visa belajar di Kedutaan Besar Republik Indonesia setelah mendapatkan surat sponsor tadi. Jangan lupa anak perlu diajak bersama ketika berurusan di Kedutaan Besar Republik Indonesia. Dua keping fotokopi passport depan dan belakang, dua keping pasfoto, fotocopy surat sponsor, mengisi dua borang yang disediakan oleh KBRI, diisi lengkap dan anak perlu tandatangan.
4. Di KBRI mengambil nombor giliran, dan akan dipanggil di kaunter 21. Setelah disetujui di kaunter 21, barulah naik ke atas bahagian pemberian visa. Sediakan bayaran sebanyak RM 170. Biasanya dua hari kerja baru siap visa diberikan.
5. Membeli tiket pesawat terbang ke Solo atau ke Surabaya. Solo lebih dekat ke Gontor Puteri dan Gontor Putera daripada dari Surabaya. Pastikan tidak melebihi 10 Syawwal kecuali ada perkara yang dianggap amat penting. Karena jika terlambat tiba di Gontor, maka pada tahun itu akan dimasukkan ke kelas persiapan dan akan diterima di kelas rasmi pada tahun hadapan. Dengan itu akan rugi masa satu tahun pelajaran.
6. Wang pendaftaran dan wang untuk visa belajar di Indonesia selama setahun diperkirakan perlu ada wang tujuh juta rupiah bersamaan dengan wang Malaysia sekitar RM 2500-RM 2800. Uang rupiah sebaiknya ditukar di Malaysia agar tidak kesukaran mencari tempat penukaran wang di sana. Harganyapun lebih bagus daripada ditukar di airport Solo.
7. Jangan lupa membawa salinan surat beranak (surat lahir), sijil pelajaran terakhir atau surat keterangan berhenti sekolah, pas photo dalam 20 keping ukuran paspot dan juga 4x6.
8. Walimurid dan anak diwajibkan mengisi borang perjanjian taat peraturan selama anak belajar di Pondok dan tidak mengganggu dan merusak disiplin yang telah diterapkan selama bertahun-tahun.
9. Selanjutnya dengan bismilillah ibubapa harus banyak berdoa untuk anak dan percaya kepada Pondok bahawa anaknya di sana akan dididik dengan sebaik-baiknya. Ibubapa harus ikhlas apabila terjadi sesuatu yang barangkali di luar jangkaan seperti sakit dan lain-lainnya. Semoga Allah senantiasa bersama kita. amin.
10. Usahakan anak jangan sampai dikeluarkan atau keluar sendiri sebelum tammat sehingga tingkatan 6. Selamat berjaya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



Links to this post:

Create a Link

<< Home